NOVEMBER 2023

Majlis GPS Backbenchers Night


KUCHING, 29 Nov.  - Premier Sarawak  YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg serta isteri YBhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani bt Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir memeriahkan lagi Majlis GPS Backbencers Night sebagai tanda kejayaan dan penghargaan kepada ahli Backbencers GPS pada persidangan DUN ke-19 bertempat di sebuah hotel di Kuching. 

Antara ucapan amanat Premier Sarawak adalah beliau mengucakan penghargaan dan terima kasih atas sokongan dan dokongan semua ahli ADUN GPS menjayakan Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-19 selama 8 hari bermula dari 20-29 November 2023. 

Katanya lagi, persidangan kali ini telah berjaya meluluskan Rang  Undang-Undang (RUU) yang telah dibentangkan iaitu Supply (2024) Bill 2023, Sarawak Ombudsman Bill 2023,  Environment (Reduction of Greehouse  Gases Emission ) Bill 2023, RUU pertama di Malaysia sebagai "Game Changer" bagi meningkat pendapatan fiskal serta menambah nilai sumber Sarawak dan juga mempertahankan Sumber kita, Distribution of Gas ( Amendment) Bill 2023 dengan Petros sebagai pemangkin, Electricity ( Amendment) Bill 2023. Ianya amat bermakna bagi meneruskan pembangunan Sarawak kearah Sarawak Maju dan Makmur. 

Beliau juga bersyukur pendapatan tahun 2023 sebanyak RM12.57 billion telah memecah rekod Tahun 2022 dan yakin pada tahun 2024 akan memecah lagi rekod pendapatan Tahun 2023. 

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Prof Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak, YBhg Tan Sri Datuk Amar Awg Asfia bin Nassar, Ketua Whip GPS, YB Dato Haji Ibrahim bin Haji Baki, Pengerusi Pengelola, YB Christopher Gira, ahli-ahli Backbencers GPS dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku